Profil Korporat

Sepintas
Pendekatan
Jenama
Visi
Perjalanan
Nilai
Struktur
Program
Matlamat
  • EN

Pencapaian dan Kejayaan Utama

Sejak penubuhannya, TERAJU telah berjaya menjana RM146.32 bilion untuk komuniti perniagaan Bumiputera, memudahkan pelaburan swasta sebanyak RM14.79 bilion melalui Dana Mudah Cara, dan mencapai modal pasaran sebanyak RM10.07 bilion melalui penyenaraian syarikat Bumiputera di Bursa Malaysia.

Berdasarkan pencapaian kewangan ini, TERAJU turut memperkenalkan inisiatif utama seperti Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB). Dilancarkan pada tahun 2014, SUPERB bertujuan merapatkan jurang ekonomi dengan menggalakkan penyertaan lebih besar Bumiputera dalam bidang keusahawanan. Program ini menyediakan peluang kepada syarikat pemula niaga untuk mendapatkan pengiktirafan, pembiayaan, dan pembangunan bagi idea-idea inovatif mereka, seterusnya menyumbang kepada matlamat ekonomi Malaysia yang lebih luas.

Untuk Layak
  • Syarikat pemula mesti telah beroperasi kurang daripada tiga (3) tahun
  • Membentangkan penyelesaian kreatif yang sejajar dengan fokus SUPERB merentas sektor utama
Sektor Utama

Sektor-sektor utama ini merangkumi bidang yang berpotensi menjana pertumbuhan, seperti ekonomi digital, kewangan, pelancongan, pembuatan, makanan dan pertanian, keselamatan, pembinaan, aeroangkasa, logistik, dan pengangkutan mampan.

Di TERAJU, kami percaya bahawa pemerkasaan usahawan Bumiputera bukan sahaja akan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam ekonomi global.
Identiti Budaya dan Inovasi
  • Kami menggalakkan usahawan Bumiputera untuk menghargai identiti budaya mereka yang unik dan membangunkan idea perniagaan inovatif yang berteraskan nilai dan tradisi tempatan. Ini akan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang menonjol kerana keunikan mereka.
Integriti Sebagai Asas
  • Kami mengekalkan piawaian etika yang kukuh untuk meningkatkan kredibiliti syarikat pemula sekali gus, menarik lebih ramai pelabur, rakan kongsi dan pelanggan tempatan dan antarabangsa.
Penyertaan dalam Pertumbuhan Ekonomi
  • Dengan memupuk dan menyokong usahawan Bumiputera berpotensi,ekonomi yang lebih inklusif akan dapat diwujudkan, memastikan semua segmen masyarakat mengambil bahagian dan meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara. Inklusiviti dalam ekonomi akan mengukuhkan ekosistem syarikat pemula yang lebih luas melalui kepelbagaian idea, kepimpinan dan sumbangan ekonomi.
Membina Daya Saing Global
  • Memperkukuh identiti dan integriti usahawan Bumiputera melalui pembangunan kemahiran, akses kepada pembiayaan, dan pendedahan kepada pasaran global dapat membantu mereka memasuki pasaran antarabangsa dengan asas perniagaan yang kukuh dan penawaran yang unik.
Kelestarian Ekosistem
  • Integriti dan identiti peserta adalah teras kepada ekosistem permulaan yang sihat dan berjaya. Memperkasa usahawan Bumiputera akan memastikan kemampanan dan pertumbuhan syarikat pemula, dengan potensi untuk berkembang di peringkat global sambil kekal berakar pada prinsip tempatan yang kukuh.